Selasa, 26 April 2016

freedom justice destiny

Saya menonton episode terakhir animasi " Mobile Suit Gundam Seed" semalam.  Saya pernah menontonya waktu di sekolah menengah dahulu dan masih menyukai animasi tersebut. Peperangan hanya akan membawa penderitaan, itulah pendapat saya. Tertarik dengan watak-watak animasi tersebut iaitu Kira Yamato dan Athrun Zaala, iatu dua orang sahabat  yang di kenali sebagai " Coordinator" dimana mereka ini mempunyai kebolehan istimewa boleh dikatakan lebih bijak daripada manusia biasa.
Cerita ini mengisahkan dua pihak yang selalu berperang iaitu Natural(Persekutuan Bumi) dan Coordinator (ZAFT). Natural ini tinggal kat bumi manakala Coordinator tinggal kat angkasa. Wow...bestnya tinggal kat angkasa siap bina nama tempat yang di namakan " Plant" . Natural dan Coordinator dua-dua manusia cuma perbezaannya Coordinator ini golongan yang melalui perubahan genetik melalui kaedah sains. Jadi Coordinator ini mempunyai kebolehan yang luar biasa.
Peperangan bermula dengan tragedi " Bloody Valentine " apabila salah satu koloni Plant iaitu Junius-7 kena serang dengan senjata nuklear oleh pihak Persekutuan Bumi maka ramai yang terkorban. Maka pihak Coordinator yang mempunyai bala tenteranya yang dikenali sebagai ZAFT pun bangkit membalas serangan. Maka peperangan pun bermula.


Pertemuan antara dua orang sahabat lama ini berlaku apabila Athrun dan kawan-kawan tenteranya pergi ke bumi untuk mencuri Gundam. Disini lah permulaan apabila Athrun ini hampir menembak sahabat lamanya uitu.Namun dia berundur diri dan gagal mencuri gundam yang terakhir itu.  Kira pula memandu Gandum Freedom sebab nak melindungi kawan-kawannya. Maka Kira ini tersepit antara dua belah pihak sebab Kira ini  Coordinator cuma dia saja yang masih tinggal di bumi.Jadi kira terpaksa berjuang dengan Persekutuan bumi demi mempertahankan kawan-kawannya golongan Natural.

Nak tahu lebih lanjut tontolah drama animasi yang mempunyai 50 episode ini. Sekurang-kurangnya kita akan faham mesej yang cuba di sampaikan dalam animasi ini. Apabila dah tamat episode ini teruskan pula dengan animasi " Mobile Suit Gundam Seed Destiny.

Khamis, 14 April 2016

Suka tengak drama doktor jadi saya cadangkan drama Jepun yang terbaik untuk kamu. Cerita ni dah lama dah tapi info di dalamnya sangat berguna.

CoDE BLue

Season 1 dan Season 2

TEaM MEdiCal DRaGOn

Season 1,2,3 dan 4


Banyak lagi drama doktor yang penuh dengan inti-inti pengetahuan. "Medic only no love story". 
Selamat Menonton..